Skip to content

INFO SK TILIS

SEJARAH SEKOLAH

             Untuk memberi pendidikan kepada Kaum Murut yang mendiami Pedalaman Negeri Sabah pada suatu ketika dahulu sememangnya suatu perkara yang sangat rumit.Ini disebabkan perhubungan ke tempat-tempat ini adalah amat sukar. Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Kg. Kabintaluan yang terletak di Ulu Sungai           Tolokoson. Untuk sampai ke kampung ini memakan masa  selama 3 hari perjalanan  dengan berjalan kaki dari Kg. Kemabong. Laluan untuk sampai ke kampung ini perlu   merentasi hutan tebal, gunung-ganang, laluan berjurang dan air sungai yang mengalir deras. Di kampung inilah terdirinya SRK. Kabintaluan, pada awal tahun 60-an.

Oleh kerana,kerumitan yang dihadapi di tempat berkenaan dan inginkan kemajuan hidup, maka penduduk di tempat tersebut telah berpindah ke kawasan yang lebih berhampiran dengan jalan raya. Penghijrahan terakhir   penduduk Kg.Kabintaluan ialah di Ulu Sungai Tilis yang pada ketika itu masih lagi belum diterokai pada tahun 1978.

Oleh kerana kebanyakan penduduk Kg.Kabintaluan       berhijrah dan menetap di Kg.Tilis maka sekolahnya turut dipindahkan. Secara rasminya SK Tilis dimulakan pada 8Hb Febuari 1982.Pada awalnya hanya dua buah kelas yang dibuka iaitu Darjah Dua dan Darjah Tiga dengan murid seramai 36 orang dan dua orang guru iaitu Cikgu Sigoh Lunam dan Cikgu Ambalir Arat.

No comments yet

Leave a comment